Pelajar-pelajar program ini adalah ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui skim Pinjaman khas. Sementera menantikan giliran untuk mendaftarkan diri, pelajar disediakan dengan sarapan pagi Mereka yang telah mengikuti program ini dengan jayanya akan mengambil dua subjek secara intensif pada bulan Disember 2008 sebelum dimasukkan dalam semester biasa pada Januari 2009. Pelajar-pelajar ambilan khas ini sebelum ini telah mengikuti satu program khas KDP 14 minggu yakni kursus intensif yang melibatkan 7 subjek di Institut Perguruan. Objektif program ini untuk menaiktaraf guru-guru yang sedang berkhidmat disamping menambha ilmu pengetahuan mereka supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti. Pelajar-pelajar ini adalah sebahagian dari 5,000 orang guru yang ditawarkan di seluruh Malaysia bagi program SMP ini. Sebahagian pelajar program SMP sedang asyik mendengar taklimat yang diberikan Seramai 210 orang pelajar yang terdiri daripada guru-guru yang sedang berkhidamat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia telah hadir untuk mendaftarkan diri bagi mengikuti program Sarjana Muda Pengajaran (SMP) ambilan khas pada hari ini di Pusat Pembelajaran Perak. Pengarah OUM Perak, Richard Ng, sedang memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar yang hadir
0 Comments
Leave a Reply. |